Click here to Kereta adalah satu keperluan pada masa kini.
Namun, kereta dan kenderaan lain yang harganya melambung tinggi di Malaysia menyebabkan kebanyakan kita tidak mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta.
Selain dari itu, kebanyakan rakyat Malaysia memerlukan 5 hingga 9 tahun untuk membayar balik pinjaman pembelian kenderaan mereka.
Pada masa yang sama, ada juga yang perlu menukar kereta baharu berikutan penambahan ahli keluarga.
Apa pun alasannya, menjual kereta di Malaysia tidaklah terlalu sukar jika anda tahu prosesnya.
Seterusnya, pilihan anda untuk menjual kereta terpakai anda.
1) Melalui ejen dan pengedar kereta
Salah satu cara paling mudah untuk menjual semua kereta terpakai anda adalah melalui ejen dan pengedar kereta.
Terdapat ejen dan pengedar kereta di Malaysia menawarkan perkhidmatan belian semula kereta terpakai.
Kaedah ini juga paling mudah untuk kereta yang masih mempunyai baki pinjaman di bank.
Ejen, ataupun 'pen,jual' akan menilai kereta tersebut dan akan menawarkan harga di bawah kadar pasaran.
Kemudian, ejen akan baik pulih kereta tersebut dan menjualnya pada kadar pasaran.
Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda boleh menjual semula kereta anda kepada ejen.
Anda juga boleh menjual kereta secara 'trade-in', iaitu anda boleh menggunakan nilai jualan kereta untuk membeli kereta baharu.
Penggunaan ejen dianggap sebagai cara mudah untuk menjual semula kereta anda kerana ejen akan menjalankan semua penjualan kereta seperti pemeriksaan PUSKAPOM, menukar nama pemilik kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan urusan dengan pihak bank.
Tetapi, harga yang selalu ditawarkan adalah di bawah harga pasaran untuk kereta tersebut.
Ada juga pengedar kereta ini menawarkan diskaun, rebat dan juga harga pembelian yang berpatutan.
Bagi pembeli yang ada minat, mereka boleh saja mendapatkan penilaian percuma di pusat pengedar yang berhampiran.
Penetapan harga kenderaan dijalankan oleh penilai bertauliah, dan jikalau pelanggan tersebut bersetuju dengan harga yang mereka telah tawarkan, mereka boleh terus menebus nilai kereta tersebut sebelum untuk membeli kereta baharu.
Semua urusan pertukaran nama akan dikendalikan oleh wakil syarikat, dan perkara itu akan dijalankan secara profesional dan mengambil masa yang singkat.
Cara ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa dan pengalaman menjual kereta terpakai, tetapi harga yang ditawarkan selalunya tidak setanding harga pasaran kerana seperti ejen, pengedar kereta juga mendapat diskaun daripada harga pembeli.
Apa yang anda patut tahu
Nilai jualan semula kereta yang ditawarkan kepada anda melalui ejen jualan selalunya lebih rendah daripada nilai jualan ketika itu. Ini adalah kerana penilai kereta akan membuat penilaian berdasarkan keadaan semasa kereta, baki pinjaman di bank , dan nilai insurans kereta.
Selain itu juga, ejen dan pengedar kereta akan membuat pembaikan sikit sebelum menjual semula kereta tersebut. Perbezaan harga akan meliputi kos pembaikan, servis, dan juga keuntungan atau komisen mereka.
2) Jualan persendirian
Jika anda merasakan harga yang ditawarkan oleh ejen peniaga terlalu rendah, anda boleh menguruskan penjualan kereta anda secara persendirian.
Dengan cara ini, anda boleh menjual kereta anda pada harga tertinggi.
Kaedah ini juga sesuai untuk penjual kereta yang memerlukan wang tunai, dengan syarat pinjaman kereta yang ingin dijual telah dijelaskan.
Serkiranya anda menjual kereta melalui ejen, langkah pertama yang perlu anda diambil iaitu membuat penilaian terhadap nilai semasa kereta anda terlebih dahulu.
Untuk langkah ini, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bank dan ejen insurans.
Anda boleh juga membuat kajian sendiri dengan memantau harga jualan kereta dengan model dan tahun yang sama melalui ejen jualan atau di Internet.
Sebagai contoh, harga jualan MyVi SE 2010 di mudah.my ialah RM26,000 (dengan baki pinjaman bank RM16,000). Selepas mendapat nilai jualan kereta tersebut, anda hendaklah membuat pemeriksaan kereta di PUSPAKOM dengan bayaran RM40.
Anda boleh juga melakukan penyelenggaraan kereta untuk memastikan kereta dalam keadaan terbaik.
Kos penyelenggaraan MyVi ialah RM150.00 dan bergantung kepada keadaan kereta.
Jika kereta dalam keadaan baik, anda boleh mengiklankan kereta tersebut dalam iklan akhbar atau melalui Internet di laman web seperti cars.com.my dan mudah.my.
Anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi kerana kebiasaannya, pembeli akan menawarkan harga yang lebih rendah. Jika ada pembeli yang berminat, pastikan individu tersebut benar-benar pembeli yang serius.
Setelah pembeli bersetuju dengan harga yang ditawarkan, contohnya RM23,500, proses pembelian akan bermula dan pembeli akan membayar harga kereta secara tunai atau melalui pinjaman bank.